Jangan Ambil Remeh Masalah H1N1

Sekolah ditutup pelajar MENINGGAL kena H1N1

Jabatan Kesihatan sahkan 15 murid turut mempunyai simpton dijangkiti selesema.

KUALA LUMPUR: Sebuah sekolah menengah di Sungai Long, Kajang diarah tutup sekurang-kurangnya seminggu mulai hari ini selepas seorang pelajarnya yang berusia 16 tahun disahkan meninggal dunia akibat dijangkiti virus Influenza A (H1N1) pada 24 Februari lalu.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata hasil pemeriksaan Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat di sekolah berkenaan sejak tiga hari lalu menunjukkan wujud simpton virus berkenaan.

Katanya, dalam pemeriksaan di sekolah itu semalam, pegawai kesihatan yang membuat pemantauan mendapati 15 pelajar mempunyai simpton dijangkiti selesema.

“Hasil pemantauan dan pemeriksaan itu, kita membuat keputusan menutup sekolah terbabit bagi mengelak penularan wabak berkenaan. Bagaimanapun, kes di sekolah berkenaan dianggap kes terpencil.

Kementerian menasihatkan pelajar dan ibu bapa supaya tidak berlengah mendapatkan rawatan jika mendapati diri atau anak mereka mempunyai simpton berkenaan,” katanya kepada Berita Harian, malam tadi.

Beliau berkata, pemantauan Jabatan Kesihatan di sekolah berkenaan semalam mendapati seramai 149 pelajar dan dua guru tidak hadir ke sekolah kerana menghidap selesema. Katanya, kementerian masih menjalankan siasatan dan laporan mengenainya sedang disiapkan.

Katanya, pelajar terbabit dikatakan pulang dari melancong ke China baru-baru ini dan mula menunjukkan simpton menghidap selesema.

“Seorang guru sekolah terbabit yang melawat pelajar berkenaan di rumahnya kemudian turut mengalami simpton sama dan ada pelajar lain turut mengalami simpton sama,” katanya.

Di atas adalah petikan akhbar Berita Harian 3 march 2011. Juga terdapat tiga kes kematian akibat jangkitan virus Influenza A (H1N1) disahkan dari 1 Januari lalu. Ayuh kita tingkat kan tahap kesihatan dengan mengamalkan kebersihan pada tahap terbaik. Seterusnya berdoa dan tawakkallah pada YG MAHA ESA.

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s