Khasiat Air Putih

Tahukah Anda, terdapat  banyak manfaat yang diperolehi dari air putih, selain menghilangkan dahaga?
Tahukah Anda, air dapat menyembuhkan berbagai jenis penyakit ? Nak tahu? Jom..

1. Melancarkan Sistem Pencernaan
Mengambil air dalam jumlah yang cukup setiap hari boleh melancarkan sistem pencernaan sekaligus menyelesaikan masalah pencernaan seperti  sembelit. Pembakaran kalori juga akan berjalan dengan lancar.

2. Membantu Melambatkan pertumbuhan zat Penyebab Kanser, mencegah penyakit batu ginjal dan hati. Minum air putih akan membuat tubuh lebih betenaga.

3. Perawatan Kecantikan
Seseorang yang kurang minum air putih, tubuhnya akan menyerap kandungan air dalam kulit sehingga kulit menjadi kering dan berkedut. Selain itu, air putih dapat melindungi kulit dari luar, sekaligus melembabkan dan menyehatkan kulit.

4. Untuk Kesuburan
Meningkatkan produksi hormon testosteron pada lelaki serta hormon estrogen pada wanita.

5. Menyehatkan Jantung
Air putih juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung.  Bahkan sekarang ini  banyak pengubatan altenatif yang memanfaatkan keajaiban air putih yang dinamakan terapi air.

6. Ubat Stroke
Air putih tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit, namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu menguatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.

7. Menguruskan Badan
Air putih juga bersifat menghilangkan kotoran-kotoran dalam tubuh yang akan lebih cepat keluar melalui urine. Air membantu proses metabolisme dalam tubuh dengan mengubah makanan menjadi tenaga. Air berperanan sebagai bahan bakar untuk mendorong reaksi kimia metabolisme. Jika Anda tidak minum cukup air, Anda tidak akan dapat membakar kalori dengan baik. Nak kurus? Minum air yang banyak, apalagi air tidak mengandungi kalori, gula, ataupun lemak..

8. Tubuh Lebih Segar
Khasiat air tak hanya untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin boleh bertahan kurang makan beberapa hari berbanding kekurangan air. Ini adalah kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.

Di atas adalah merupakan sebahagian khasiat dan keajaiban air putih oleh itu pakar kesihatan mengingatkan agar jangan minum hanya bila terasa haus.
Jika berada di ruang beraircond, minumlah lebih banyak air putih karena udara yang dingin menyebabkan tubuh lebih cepat mengalami dehidrasi. Banyak minum juga akan membantu kulit tidak cepat kering. Di ruang yang suhunya tidak tetap juga digalakkan untuk membiasakan minum meskipun tidak terasa haus untuk menyeimbangkan suhu.

Pakar gizi makanan sepakat bahawa air memainkan peranan utama dalam sebahagian besar program pengurangan berat badan.

Tahukah anda jika pengambilan air tidak mencukupi, proses penurunan berat badan berjalan dengan lambat. Ini adalah karena sebahagian air habis akibat fungsi tubuh sehari-hari. Jika anda menjalani program diet dan berat badan masih saja tidak turun, mungkin hal ini disebabkan anda tidak minum cukup air. Air membantu proses metabolisme dalam tubuh dengan mengubah makanan menjadi tenaga. Air berperanan sebagai bahan bakar untuk mendorong reaksi kimia metabolisme. Jika Anda tidak minum cukup air, Anda tidak akan dapat membakar kalori dengan baik.

Oleh itu jom kita manfaatkan 100% keajaiban ciptaan Yg Maha Esa untuk kita iaitu air putih.