Shape Plus

SHAPE PLUS The best slimming product… feel good!!!taste good!!! reasonable price!! Really work!

Cara Penggunaan

Campurkan 1 paket Shape Plus ke dalam 200ml air biasa kacau dan minum selepas sarapan pagi. Wow!!! Lazat!!!!

Untuk mendapat kesan yang cepat dan bagus:

  • Minum sekurang-kurangnya 3 – 4 liter air sehari
  • Elakkan makan malam (Selepas pukul 7pm)
Faedah Dan Kegunaan :
  • Membantu meningkatkan kadar metabolisma dalam badan.
  • Menggalakkan pembakaran lemak dan menurunkan kadar kolesterol.
  • Membantu menguatkan imun sistem dalam badan.
  • Membantu menyingkirkan toksin dalam badan.
  • Membantu meningkatkan kalsium pada tulang.
  • Mencantikkan kulit dengan menggalakkan pembaikan dan pembentukan tisu dengan menyumbang
    bahan kolagen untuk kulit dan awet muda.
  • Membantu melancarkan proses pencernaan dan seterusnya menurunkan berat badan.
  • Membantu menyingkirkan selulit (lemak degil) dari lapisan bawah kulit.
  • Meningkatkan tenaga dan badan lebih berasa cergas dan sihat.
  • Membantu mengawal pembentukan lemak baru dalam badan.
  • Membantu menyerikan wajah dan mengelak wajah dari menjadi kusam.
KANDUNGAN DAN BAHAN :

Serbuk Campuran Epal


Epal kaya dengan karbohidrat, vitamin dan zat galian, antaranya VA dan karotin yang tinggi. Tambahan lagi, ianya penuh dengan makanan larut-air fiber-pectin, yang boleh digunakan untuk melindungi dinding usus, mengaktifkan bakteria berguna di dalam usus, memperbaiki fungi gastro-usus, dan menyerap air untuk mencegah sembelit, menstabilkan gula dalam darah, mencantikkan kulit, menyerap karang dan kolesterol, serta menghindar dari hyperlipidemia, hypertension, dan hyperglycemia, membersihkan laluan usus serta mencegah kanser usus.

Kajian menunjukkan yang memakan epal mentah boleh menghalang kerosakan sel dan tisu, melawan kanser, melindungi jantung, membantu mengekalkan kesihatan paru-paru, mengurangkan kolesterol, mempercepatkan penyembuhan gastro-usus dan memperlahankan penuaan.

Oligo (Oligosakarida)

Oligosakarida (oligosaccharide) ialah polimer sakarida yang mengandungi sejumlah kecil komponen gula, juga dikenali sebagai gula ringkas.

Bukti terkini yang menunjukkan fruktooligosakarida (fructooligosaccharides) menguatkan bifidobakteria di dalam perut serta meningkatkan penghasilan asid lemak berantai pendek, telah meningkatkan tumpuan kepada oligosakarida. Oligosakarida terasing kini boleh didapati untuk aplikasi ke dalam makanan fungsi dan telah ditambah ke dalam makanan kesihatan dan produk tenusu serta pencuci mulut. Ujian klinikal masih dijalankan untuk mencatatkan ciri-ciri kesihatan dari oligosakarida.

Soya Lesitin

Lesitin Soya (Soy Lecithin) ialah sejenis sebatian lemak yang dihasilkan oleh badan dan boleh didapati dengan meluas dalam kebanyakan makanan berasaskan sayur-sayuran dan sumber haiwan, seperti telur, hati, kacang, kacang soya dan gandum. Lesitin menolong mengemulsi lemak dengan air. Lesitin juga boleh didapati dalam bentuk makanan tambahan. Lesitin Soya berasal dari China. Lesitin Soya jenis komersial telah menjadi popular sejak bertahun-tahun lamanya sebagai makanan tambahan yang diambil untuk tujuan melawan kolesterol, menyokong kesihatan hati dan membantu mengurangkan berat badan. Lesitin soya juga berfungsi mencegah lemak dari berkumpul di dalam hati dengan mengekalkan lemak dalam air. Kerana ia kaya dengan Kolin(choline) yang meningkatkan metabolisma lemak, lesitin juga telah dilihat sebagai berkesan dalam pengurangan berat badan. Ia menolong membakar dan mencerna lemak supaya ia tidak tersimpan di dalam badan, tetapi digunakan sebagai sumber tenaga.

Sekam Psyllium (Psyllium Husk)

Sekam benih psyllium, juga dikenali sebagai ispaghula atau cuma psyllium, adalah bahagian dari tumbuhan Plantago atau Plantago ovata, yang berasal dari India. Sekam benih psyllium ialah sejenis serat yang berasal dari Plantago ovata yang meningkatkan berat najis dan melancarkan pergerakannya dengan meningkatkan kandungan air di dalam.
Ia boleh menolong mengurangkan berat badan serta mengawal paras kolesterol dan lipid darah. Kandungan serat yang tinggi membuatkan sekam psyllium pilihan bagi kebanyakan pembuat makanan tambahan berasaskan serat dan serbuk seperti Metamucil. Walaupun kebanyakan kajian mengaitkan sekam psyllium dengan system penghadaman, kajian klinikal pada isphagula telah menunjukkan yang ia berfaedah dalam menurunkan tahap kolesterol.

Protin Soya Terasing

Protin Soya terasing ialah sumber sayuran bagi protin berkualiti tinggi yang rendah lemak dan karbohidrat dan mengandungi asid amino yang banyak. Ia memberikan kalsium dan magnesium ke dalam gizi dan mengurangkan risiko sembelit.

Serbuk Biji Anggur

Biji anggur (Vitis vinifera L) telah digunakan sebagai sumber gizi bagi asid lemak penting dan tocopherols serta sebagai ejen anti-oksida. Biji anggur telah digunakan untuk perlindungan hati, memperbaiki peredaran darah (termasuk situasi seperti varicose veins – atau pembengkakan salur darah, bengkak, cakar, dan pengurangan tahap penglihatan), dan memperbaiki kecerahan dan kelembutan kulit. Biji anggur adalah sumber bahan anti-oksida OPC yang dikenali, yang mana sangat berkuasa dalam menolong menghindar penyakit jantung, menghentikan nyahjana tisu badan, dan merawat penyakit seperti psoriasis dan ekzema. Kebaikan serbuk biji anggur ialah ia mengurangkan risiko kanser, yang boleh disebabkan oleh kerosakan dari bahan-bahan radikal bebas.

Serat Epal

Serat epal dikatakan sebagai cara semulajadi untuk mendorong kolesterol normal dan memperbaiki tahap darah-gula, serta menyokong tahap tekanan darah yang sihat. Serat epal adalah cara yang sangat bagus untuk memperbaiki pergerakan najis di dalam usus, lantas mengelakkan sembelit dan cirit-birit. Ia juga berkesan sebagai pembersih usus besar untuk mengeluarkan sebatian toksik dan menyokong fungsi usus besar yang sihat secara keseluruhannya. Serat epal juga boleh meningkatkan sistem pencernaan dan mendorong menghalang penyerapan bahan toksik dan karsinogenik (penyebab kanser).

Serat Minyak Kelapa Sawit

Serat Gizi Batang Kelapa Sawit (OPF) diekstrak dari batang pokok kelapa sawit yang kaya dengan serat. Dengan teknologi ini, batang pokok kelapa sawit terbukti mengandungi lebih 70% kandungan serat gizi. Kualiti nutrisi kelapa sawit telah membuatkan ia pilihan utama dalam pelbagai jenis masakan. Anti-oksida Vitamin E dalam kelapa sawit adalah sangat berguna dalam kesihatan dan digunakan dalam proses metabolism yang normal. Faedahnya ialah pengurangan tahap kolesterol, memperbaiki tahap gula dalam darah, mengekalkan kesihatan sistem pencernaan dan mencegah kanser usus besar.

Citrimax (Garcinia cambogia)

Garcinia cambogia ialah sejenis buah kecil yang menyerupai buah labu mini. Ianya didapati dengan meluas di India dan pelbagai tempat di serata Asia, dan ekstrak dari buah ini sangat popular sebagai bahan untuk pelbagai produk untuk mengurangkan berat badan. Ekstrak ini bernama asid hidroksisitrik (HCA), yang dikatakan dapat menekan nafsu makan dan meningkatkan tahap bakar lemak. Kajian menunjukkan yang HCA mengurangkan aktiviti enzim penting dalam metabolisma lemak. Penukaran karbohidrat kepada lemak memerlukan enzim bernama liase sitrat. HCA mengurangkan aktiviti enzim ini buat sementara, menghalang pembentukan asid lemak dan membuatkan kurang lemak yang ada untuk disimpan. HCA meningkatkan penghasilan dan penyimpan glikogen di samping mengurangkan nafsu makan dan berat badan. HCA juga menyebabkan lebihan kalori digunakan kerana proses termogenesis yang dipertingkatkan.

L-Glutamin

L-Glutamin ialah sejenis asid amino yang penting dalam saluran darah. Ianya penting untuk membina protin dan asid amino yang lain. Ianya digunakan dalam perut dan sistem imun secara meluas untuk mengekalkan prestasi optimum. 60% daripada asid amino bentuk-bebas yang terapung dalam otot-otot tulang ialah L-Glutamin. Ianya juga ialah sumber utama bahan bakar untuk otak, dan bersama-sama dengan lain-lain asid amino, saraf neuro. Asid glutamik ialah sejenis kumpulan amino yang banyak terdapat di dalam otak. Glutamin juga ialah sumber bakar penting untuk enterosit dan menyokong fungsi usus. Glutamin juga berperanan dalam sintesis DNA dan bertindak sebagai pengangkut utama nitrogen ke dalam tisu otot. Glutamin memainkan peranan penting dalam membina dan mengekalkan tisu otot. Glutamin menolong mengekalkan keseimbangan kesihatan dan penting dalam pembuatan dan pembaikan sel.

Ekstrak Teh Hijau

Teh hijau ialah sejenis teh yang dibuat dengan menggunakan daun dari tumbuhan jenis Camellia sinensis yang telah menjalani proses pengoksidaan minima semasa pemprosesan. Teh hijau berasal dari China dan telah dikaitkan dengan pelbagai budaya di serata Asia dari Jepun hingga ke Timur Tengah. Peminum teh hijau mempunyai risiko mendapat penyakit jantung dan kanser yang rendah. Teh hijau juga berguna dalam pengurusan berat badan. Di samping itu, ia juga dapat menghentikan penyakit berkaitan penyusutan neuro seperti Alzheimer dan Parkinson, mengelakkan dan merawat kanser, merawat sklerosis pelbagai, menghalang penyusutan membran sel, mengurangkan kesan negatif kolesterol LDL yang tidak baik dengan mengurangkan paras trigliserida dan meningkatkan penghasilan kolesterol HDL iaitu kolesterol baik, dan meningkatkan pengoksidaan lemak (mendorong badan menggunakan lemak sebagai sumber tenaga) dan meningkatkan metabolisma.

Ekstrak Aloe Vera

Aloe Vera, juga dikenali sebagai Medicinal Aloe (Aloe Perubatan), ialah sejenis spesis tumbuhan yang mungkin berasal dari utara Afrika. Aloe vera telah disahkan sejak berkurun lamanya kerana sifat-sifat pembaikan kesihatan yang dipunyainya. Aloe vera dikatakan mendorong pencernaan, menolong dalam peredaran darah dan limfa, serta buah pinggang, hati dan pundi kencing.

 
 
UNTUK INFO PRODUK SERTA PRODUK LAIN LIKE THIS PAGE PLEASE: JOM JAGA KESIHATAN
 
 

2 thoughts on “Shape Plus

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s